Wednesday, December 14, 2011

Bab 4 : Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat

A136181: Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat


A136255: Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pengurusan Maklumat

Pengurusan maklumat merupakan pengurusan yang lengkap dan teratur ke atas pengetahuan dan proses yang berkaitan. Pengurusan maklumat yang betul caranya akan memudahkan pembangunan, pengumpulan, perancangan, penyebaran, penggunaan dan pemanfaatan.
Antara implikasinya adalah sebagaimana berikut:
1. Perkongsian Pengetahuan dengan penuh 'ketelusan' dan 'ketulusan' demi kemajuan organisasi.
2. Inovatif bagi menjadikan sebarang idea bernas kepada keuntungan positif dan berorientasikan keputusan (result oriented)
3. Bekerja dengan lebih pintar dan bukannya terlalu bergantung kepada pemimpin atau sistem atau prosedur yang terlalu ketat.

Program pengurusan pengetahuan biasanya melibatkan salah satu atau lebih aktiviti-aktiviti berikut :
1. Pelantikan ketua bagi mempromosikan agenda dan membangunkan rangka kerja.
2. Membangunkan pasukan pengetahuan yang terdiri daripada manusia dari pelbagai pengetahuan,kemahiran atau latar belakang.
3. Membuat asas pengetahuan. Ia merupakan amalan terbaik, senarai kepakaran, kepintaran pasaran dan sebagainya.
4. Pengurusan proses yang lebih aktif ke atas pembangunan pengetahuan, pengumpulan, penyimpanan dan sebagainya.
5. Pusat pengetahuan merupakan titik utama untuk kemahiran pengetahuan dan mempermudah aliran pengetahuan.
6. Teknologi Kerjasama seperti LAN/WAN/VPN/Intranet dan lain-lain bagi mempermudah akses terhadap pengetahuan.
7. Pasukan modal intelek bagi mengenal pasti dan mengaudit aset yang 'tidak nyata' (intangible) umpamanya pengetahuan.
8. Jaringan pengetahuan merupakan jaringan pakar secara kerjasama dan fungsi silang - dalaman dan luaran.
9. Perkongsian Pengetahuan dalam semua bentuk komunikasi.

http://drmindailmu.blogspot.com/2009/08/apakah-dia-pengurusan-maklumat.html

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

Oleh yang demikian pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperoleh dan memindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang itu sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment(keseronokan).

Pendidikan tidak formal merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi aktiviti harian. Pendidikan bukan formal ialah sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan tertentu. Pendidikan formal pula adalah pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara. Seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan sistem kerja. Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan.

Pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi. Di Jepun misalnya, persepsi mengenai pentingnya pembelajaran sepanjang hayat telah mewujudkan satu fenomena baru yang dikenali sebagai “employability fever”. Golongan mudanya bersikap agresif untuk memiliki kelulusan dalam beberapa bidang pengajian dan latihan bagi menjamin mereka mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang mereka minati.

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan. Beliau juga berkata, usaha membangunkan modal insan adalah satu daripada pendekatan utama yang perlu ditekankan dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana setiap warga diberi peluang untuk melanjut atau menyambung pelajaran. Peluang pelajaran perlu dibuka seluas-luasnya untuk seluruh rakyat Malaysia bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang Mereka yang bekerja pula perlu menambah nilai terhadap pekerjaan mereka melalui tambahan ilmu pengetahuan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang sentiasa berubah secara drastik.

Dengan kemunculan ekonomi digital berasaskan teknologi maklumat, multimedia dan Internet, negara memerlukan pekerja berpengetahuan dan proses inovasi yang berterusan. Ekoran daripada itu akan berlakunya penggabungan antara bekerja dan belajar. Di waktu tersebut, kita akan terus belajar walaupun sambil bekerja, dan begitulah sebaliknya. Inilah yang dinamakan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Para pekerja akan perlu belajar minit demi minit untuk melaksanakan kerja dengan lebih berkesan.

Bagi menjadikan masyarakat kita bersedia menerima perubahan zaman, pengetahuan serta kemudahan capaian Internet mestilah digunakan oleh semua golongan masyarakat, tanpa mengira di bandar atau luar bandar. Sebuah masyarakat yang benar-benar tidak mempunyai jurang antara golongan bermaklumat dan tidak bermaklumat akan wujud sekiranya capaian kepada maklumat itu murah serta mudah.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1522&cmd=resetall

Bab 3 : Kepimpinan & Kerja berpasukan



"A136644 : Pimpin diri dan pimpin orang lain"

Pemimpin

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan.

Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.


Kepimpinan

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.

Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel.

Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.


Organisasi

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi – ‘organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih.’ James D. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu.

Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

Konsep Pemimpin dan Kepimpinan

Apabila kita memperkatakan tentang pemimpin dan kepimpinan secara umumnya kita memahami bahawa pemimpin ini haruslah memimpin suatu kelompok manusia dan ia melibatkan paling kecil pihak kedua sehinggalah kepada kumpulan atau kelompok yang lebih besar.

Apabila pemimpin dilantik oleh kelompok atau kumpulan, ia akan diberikan kuasa ataupun mandat bagi memudahkannya memimpin dan mandat ini biasanya diberikan dalam bentuk kuasa menggubal dan menguatkuasakan perintah, peraturan dan undang-undang.

Dengan adanya kuasa ini, pemimpin akan dapat mengawal dan mempengaruhi subordinatnya secara rela-paksa dan subordinat haruslah menuruti arahan dan kehendak pemimpin selagi ia tidak melanggar peraturan teras atau kadangkala ia disebut perlembagaan yang dipersetujui bersama sebelum itu.

Kepimpinan ataupun disebut ‘the way to lead’ secara asasnya mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu sifat, perilaku dan kebolehan menghadapi perkara-perkara luar jangka. Memandangkan kebiasaannya di dalam organisasi , para pemimpin diletakkan di puncak hierarki sesebuah organisasi, maka pemimpin haruslah mempunyai perawakan yang ‘extra-ordinary’ berbanding individu lain di dalam sesebuah organisasi.

Antara perawakan yang bersifat asas tetapi wajib dihayati dan diamalkan oleh pemimpin adalah seperti butiran berikut:-

1. Kemampuan untuk menggunakan kuasa dengan berkesan dan dengan cara bertanggungjawab.

2. Berkemampuan untuk memahami bahawa manusia mempunyai kuasa dorongan yang berlainan pada masa-masa yang berlainan dan dalam situasi yang berlainan – pemahaman tentang perawakan manusia.

3. Kemampuan untuk memberikan inspirasi dan mampu diteladani – keupayaan memotivasi.

4. Kemampuan untuk bertindak dengan berdasarkan pengetahuan, bakat, keterbukaan dan kemahuan pemimpin itu sendiri untuk mewujudkan suasana yang memberi ruang kepada sebarang maklum-balas dan ruang runding-cara dengan para pengikut – komunikasi dalam konotasi positif.



http://uniprof.wordpress.com/2008/06/24/pemimpin-kepimpinan-teras-kepada-kesinambungan-organisasi/

"A136667 : Pemimpin & Kepimpinan"

PERANG AHZAB- HUBUNGAN KETUA DAN AHLI

Perkongsian ini adalah mengenai kepentingan taat kepada pemimpin atau ketua dalam soal dasar dan prinsip. Namun harus ditekankan di sini bahawa taat yang dimaksudkan ialah dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan dosa dan tidak bertentangan dengan agama.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".
(An-Nisa', 4: 59)
Para sahabat begitu taat dengan Rasulullah S.A.W sehingga mana dalam suatu peristiwa di mana Rasulullah S.A.W telah mengeluarkan arahan bahawa mereka akan pergi berperang tanpa dinyatakan dengan teliti peperangan tersebut.
Namun para sahabat tanpa membantah menuruti arahan Rasulullah S.A.W sehinggalah di pertengahan jalan barulah mereka mengetahui dengan siapa mereka berperang.
Dalam persatuan atau jemaah, kepimpinan sangat penting sehinggakan Saidina Umar Al-Khatab R.A pernah berkata "Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan."
Penting untuk setiap ahli dalam sesebuah persatuan mentaati setiap keputusan yang telah diputuskan secara bersama semasa mesyuarat. Maksudnya seharusnya tiada lagi mesyuarat selepas mesyuarat atau dengan kata lain perbincangan yang cuba menyangkal dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat.
Ini terbukti dalam sirah nabawi semasa dalam perang Ahzab yang merupakan perang paling memeritkan dalam sejarah Islam. Masyarakat muslimin ketika itu telah mengadakan mesyuarat bersama Rasulullah S.A.W bagi membicangkan strategi memerangi orang-orang kafir.
Dalam mesyuarat itu Rasulullah telah mencadangkan satu cadangan tetapi cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh Salman al-Farisi dan mencadangkan orang-orang Islam menggali parit bagi mengurangkan serangan daripada orang-orang kafir yang sangat ramai jika dibandingkan dengan orang-orang Islam ketika itu.
Cadangan ini diterima oleh Rasulullah S.A.W lalu tentera Islam termasuk Baginda S.A.W sendiri bekerjasama menggali parit tersebut dengan bersungguh-sungguh walaupun cuaca sejuk dan kekurangan bekalan makanan agar ia dapat disiapkan sebelum ketibaan musuh.
Baginda telah bersama-sama menggali, mengangkut dan membuang tanah serta memecah batu-batu. Semasa kerja memecahkan batu dijalankan, seorang sahabat menemui Rasulullah S.A.W dan memberitahu baginda bahawa mereka tidak berupaya lagi memecahkan sebiji batu yang besar setelah banyak kali mencuba. Rasulullah S.A.W pergi kepada batu tersebut dan berkata "Wahai batu, kamu jangan menjadi penghalang kepada kemenangan Islam!".
Nabi Muhammad S.A.W diberi mukjizat oleh Allah. Baginda telah memecahkan batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh orang muslimin. Nabi Muhammad S.A.W memecahkan batu itu dengan tiga pukulan sahaja.
Semasa kerja menggali parit dijalankan, kaum muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Nabi Muhammad S.A.W dan orang muslimin telah mengikat perut mereka dengan ketulan batu untuk menahan lapar.
Seorang sahabat telah terlihat batu yang diikat pada perut Rasulullah S.A.W dan terus meluru pulang dan menyuruh isterinya memasakkan seekor kambing untuk diberi makan kepada Rasulullah S.A.W (betapa hebatnya kasihnya terhadap Rasulullah yang merupakan pemimpinnya).
Namun Rasulullah S.A.W telah menjemput semua kaum muslimin yang sedang menggali parit ketika itu untuk turut sama makan sehinggan sahabat tersebut berasa takut kerana dikhuatiri makanan tidak mencukupi.
Tetapi Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu seekor kambing dan sedikit gandum telah dapat mengenyangkan kaum Muhajirin dan Ansar. Bahagian makanan itu tidak berkurangan sedikit pun.
Betapa hebatnya pengajaran daripada kisah di sebalik perang Ahzab dalam konteks ketaatan kepada kepimpinan.

"A136628 : Hubungan ketua dan ahli"



Artikel iLuvislam.com
http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/2832-perang-ahzab-hubungan-ketua-dan-ahli.html

Bab 2 : Pemikiran kritis, penyelesaian masalah & pemikiran saintifik


A136186: Pemikiran Kritikal

PEMIKIRAN KRITIKAL
Shahrin Hashim

PENGENALAN
Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan.

Definisi Pemikiran Kritis
Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran kritis itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains pemikiran akan memberi pengertian pemikiran kritis berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis?
Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis sesuatu secara mendalam.

Sintesis Pemikiran Kritis
Secara umum, berdasarkan definisi di atas maka dapatlah disatukan pemahaman tentang
pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of oneself)(Eugene dan James,1991). Kefahaman ini boleh disatukan berdasarkan beberapa elemen teras, iaitu;
a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri.
b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic
c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan
d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan
Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri(thinking oneself) bermaksud setiap individu harus memikirkan sesuatu isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain. Pemikiran kritis mengajak kita agar berfikir dengan lebih bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan kata lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran orang lain. Sebarang bentuk idea, pendapat dan keputusan adalah atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. Apa yang kita fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya , menurut Nik Aziz(1994), pemikir yang tidak kritis dikawal oleh emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu mereka cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak secara terburu-buru dan mengemukakan jawapan yang simplisistik kepada masalah yang kompleks. Pemikir yang kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal. Pemikiran kritis menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk pemikian yang sebaris dengan “modes of thinking” yang lain seperti:
a) Pemikiran saintifik
b) Pemikiran matematikal
c) Pemikiran historical
d) Pemikiran ekonomikal
e) Pemikiran moral
f) Pemikiran kefalsafahan

Pemikiran Kritis Rendah
Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro)yang sederhana. Dengan memnggunakan kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada. Minda hanya memilih, mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan dan antaranya seperti:
a) membanding dan membeza
b) membuat kategori
c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
d) menerangkan sebab

Pemikiran Kritis Tinggi
Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif(kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking abaout thinking). Pemikiran ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan (reasoning). Kita perlu mengupas, memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti;
a) membuat ramalan
b) mengusul periksa andaian
c) membuat inferens
d) mengesahkan sumber maklumat
e) membuat generalisasi dan
f) mencari sebab dan membuat kesimpulan

Kemahiran Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi, terarah dan bersistem. Apa jua yang dicerap oleh pancaindera-maklumat,fenomena, isi,perkara,benda akan menjalani proses saringan pada tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan memainkan peranan utama sesuai dengan kehendak dan objektif kita.

Memahami dan Menilai Sesuatu Konsep dan Pengertian
Konsep dan pengertian dua elemen yang penting. Pengertian merupakan subset kepada konsep. Sejak kecil hingga dewasa kita di keliling dengan pelbagai konsep. Kita belajar dan memahami konsep-konsep mudah dan kompleks. Ada ketika, kita menggunakan konsep-konsep berkenaan dalam kehidupan seharian seperti di kelas, tempat kerja, di kedai, di jalan raya dan sebagainya.
Konsep-konsep yang terdapat di sekeliling kita ada yang bersifat setempat dan global. Ada juga yang penggunaannya amat sempit dan hanya difahami oleh kaum tertentu, misalnya konsep ‘Feng-Shui’. Konsep ini hanya difahami oleh kaum Cina, itu pun tidak merata. Untuk dapat memahami sesuatu konsep itu, seorang mestilah mampu mentafsirkannya dan membina satu pengertian daripadanya. Konsep ‘Jati Diri’, misalnya satu konsep yang amat abstrak untuk difahami. Kalau kita hendak mengetahui maksudnya kita bertanya kepada orang yang lebih mengetahuinya atau terus sahaja merujuk kamus yang berkaitan dengan konsep berkenaan. Akhirnya, kita akan dapat memahami dan mentafsirkan makna konsep berkenaan . Justeru itu,menerusi pemikiran kritis seseorang itu akan memperoleh konsep yang benar.

Perbezaan antara pemikiran kreatif dan pemikiran kritis
Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, pemikiran kreatif dan kritis ditandai oleh ciri-ciri yang berbeza dan menekankan aspek-aspek yang berbeza. Misalnya pemikiran kreatif bersifat genaratif, iaitu berminat mengenal pasti sebanyak mungkin jalan penyelesaian sementara pemikiran kritis bersifat selektif, iaitu menekankan pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik. Dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan kedua-dua gaya pemikiran ini diperlukan. Sesuatu masalah tidak akan berjaya diselesaikan jika hanya bergantung kapada cadangan-cadangan kreatif. Cadangan-cadangan kreatif perlu dinilai, diteliti dan dipertimbangkan dengan menggunakan pemikiran kritis sebelum ia dapat laksanakan. Penilaian, penelitian dan pertimbangan yang dibuat boleh menghasilkan idea kreatif yang lebih bermutu.
Dalam usaha mereka bentuk sebuah bangunan komersial misalnya, pereka bentuk boleh mengaplikasikan pemikiran kritis dengan meninjau aspek-aspek kelemahan, kecectan dan kekurangan reka bentuk bangunan komersial yang sedia ada. Hasil tinjauan ini mungkin dapat menunjukkan kelemahan dalam aspek reka bentuk bangunan terbabit secara keseluruhan, dalam aspek mesra pengguna, ancaman cuaca dan sebagainya. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang sedia ada secara kritis dapat membantu pereka bentuk menghasilkan reka bentuk yang lebih baik.
Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika kita hanya bergantung kepada pemikiran kritis. Sikap kritis yang keterlaluan dapat membunuh kreativiti dan akibatnya cadangan-cadangan baru yang bernas dan berpotensi bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan akaqn hilang begitu sahaja. Bayangkan suatu mesyuarat bagi menyelesaikan masalah kutipan derma untuk tabung PIBG yang dihadiri oleh pemikir-pemikir yang bersifat terlalu kritis.Besar kemungkinan kandungan mesyuarat ini hanya tertumpu kepada kritikan-kritikan negatif berkenaan cara-cara kutipan derma yang sudah dibuat, dan bukannya memikirkan cara-cara baru kutipan derma dapat dilakukan . Jika sesiapa ada memberi cadangan-cadangan baru , ia akan dikritik dengan serta merta tanpa melihatnya daripada sudut positif.
Disebabkan sifat penilaian yang dikaitkan dengan pemikiran kritis, ramai yang menyalah tafsirnya sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata, iaitu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan. Mengkritik sebenarnya adalah suatu bahagian kecil pemikiran kritis. Oleh itu, mendefinisikan pemikiran kritis sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata adalah tidak tepat. Bagi ramai pakar pemikir, pemikiran kritis merangkumi aktiviti-aktiviti berfikir yang jauh lebih luas. Pemikiran kritis melibatkan pemikiran yang mendalam dan memberi pertimbangan yang serius kepada sesuatu. Bagi Bassham (2002), pemikiran kritis meliputi pelbagai kemahiran kognitif dan intelektual yang diperlukan bagi mengenal pasti, menganalisis dan menilai sesuatu idea dengan berkesan, bagi mencari dan mengelakkan prejudis peribadi dan bias, membuat formulasi dan membentangkan sebab-sebab yang meyakinkan bagi menyokong sesuatu kesimpulan, dan membuat keputusan yang wajar dan bernas pada apa yang harus dipercayai dan ada yang harus dilakukan.
Kesimpulannya, pemikiran kritis bukannya suatu pemikiran yang bersifat negatif. Sebalikknya ia adalah suatu pemikiran yang berdisiplin yang didasari oleh standard-standard intelektual yang jelas.

KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran otak kiri, iaitu otak kritis banyak manfaat dan hikmahnya. Sayangnya masih ramai yang kurang menyedari akan kelebihan pemikiran ini. Walaupun, setiap hari kita berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian secara kritis, tetapi skema kritis itu tidak digunakan secara optimum (Jadual 4.1). Ramai sarjana seperti Jaafar (1995), Ainon dan Abdullah (1996), Mohd Micheal (1995) yang memperkatakan tentang kelebihan pemikiran kritis ini. Sesungguhnya banyak kelebihan memiliki pemikiran kritis.

Faedah Berfikir secara Kritis
Seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis membawa pelbagai faedah. Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Kehidupan Harian
Dalam kehidupan harian, pemikiran kritis membantu kita mengelakkan melakukan kesilapan semasa membuat keputusan. Semua orang harus membuat keputusan daripada yang kecil seperti baju mana yang perlu dipakai kepada yang besar seperti rumah apa yang mesti dibeli. Lazimnya, keputusan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Contoh faktor dalaman adalah sikap, persepsi, konsep diri, estim dan kepintaran. Contoh faktor luaran adalah orang-orang di sekeliling kita, peraturan, undang-undang dan keadan persekitaran. Kadangkala factor-faktor ini menyebabkan kita menerbitkan keputusan-keputusan yang salah. Estim diri yang rendah contohnya mendorong kepada keputusan-keputusan yang merugikan. Seorang suri rumah yang tidak yakin dengan penampilan dirinya mungkin lebih gemar mengurung diri di rumah dan mengelakkan perjumpaan social seperti kenduri, makan malam bersama rakan-rakan dan sebagainya. Akibatnya, beliau tidak berpeluang mengeratkan hubungan dengan orang lain dan merasa tersisih.
Orang di sekeliling kita juga mempengaruhi keputusan yang kita buat. Ada yang mempengaruhi keputusan kita secara sedar seperti pengutip derma dan jurujual. Ada juga yang mempengaruhi pemikiran kita secara halus. Pengiklan dan ahli-ahli politik amat mahir dalam menggunakan strategi-strategi yang begitu halus bagi mempengaruhi pemikiran kita. Jurujual contohnya memberi pelbagai alasan kepada kita mengapa kita harus membeli produk yang dijual. Pengilan pula menggunakan pelbagai strategi seperti menggunakan model-model yang cantik dan seksi dalam iklan-iklan mereka ataupun dengan manakutkan kita dengan pelbagai masalah sekiranya kita tidak membeli produk yang diiklankan. Semua ini mendorong kita menghasilkan keputusan yang tidak ingini sekiranya kita tidak memiliki asas yang kuat dalam berfikir secara kritis. Mengaplikasikan teknik-teknik berfikir secara kritis seperti menimbang sesuatu secara menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan sesuatu hujah dapat membantu kita lebih yakin dengan apa yang kita lakukan dan membawa kepada keputusan yang lebih berkesan berdasarkan bukti-bukti yang konkrit dan jelas.

KESIMPULAN
Pemikiran kritis dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah kritis seseorang itu agak berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti arah dan hala tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat memberi focus pada yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Ini adalah kerana kesilapan logik boleh berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka.

A136186: Pemikiran Kritikal
http://eprints.utm.my/10356/1/bab9.pdf




"A136194 : Critical Thinking"

Bab 1 : Kemahiran Komunikasi



HALANGAN-HALANGAN DALAM KOMUNIKASI INTERPERSONAL:

*Bentuk komunikasi bersifat autokratik

*Kekurangan empati terhadap pendengar

*Bersifat angkuh dan enggan terima idea orang lain

*Mendengar dengan separuh hati atau mendengar secara memilih sebahagian kata yang
berminat sahaja

*Sering mencelah atau menyampuk dalam proses komunikasi

*Menggunakan bahasa kasar

*Kekurangan percayaan antara dua pihak

*Gangguan emosi semasa komunikasi

*Gangguan luar seperti perbualan, nyanyian,kebisingan, dan sebagainya dari kawasan
yang dekat

*Kata lisan tidak seimbang dengan komunikasi bukan lisan

*Konsep dan pengalaman penyampai dan pendengar tidak bertindih

*Komunikasi di bawah keadaan paksa

*Mesej yang disampaikan disalahertikan

FAKTOR-FAKTOR HALANGAN KOMUNIKASI:

a)Halangan fizikal:
Keadaam fizikal yang kurang kondusif untuk komunikasi interpersonal. Cth susunan duduk kurang selesa, pengagihan udara kurang baik, kekurangan ruang untuk bergerak, cahaya kurang cukup dsb.

b)Halangan psikologikal:
Penghargaan kendiri saling hormat-menghormati,termasuk konsep kendiri negatif,represi, dan sifat malu dsb.

c)Halangan persekitaran:
Gangguan berlaku @ ditimbulkan semasa interaksi sosial dengan komunikasi interpersonal,seperti bising, berbual-bual, menyanyi, bunyi, dan lalu lintas dsb.

d)Halangan sosial:
Interaksi sosial yg kurang kondusif. Faktor ini timbul kerana penggunaan bahasa kasar, body language disalahertikan, memberi komen negatif, mengkritik, menegur, dsb.

TEKNIK MENANGANI MASALAH KOMUNIKASI:

1.Bersifat penyayang dan sentiasa tunjuk air muka yang berseri demi merapatkan
hubungan.

2.Berkomunikasi dengan suara jelas dan kadar percakapan yang sesuai.

3.Gunakan perkataan-perkataan yang mudah supaya pendengar dapat memahaminya tanpa
keraguan.

4.Elakkan penggunaan nada yang membosankan,iaitu bertutur dengan nada variasi
rangsangan demi menarik perhatian pendengar.

5.Elakkan mengkritik atau mengejek.

6.Elakkan melabel.

7.Bentukkan suasana yang kondusif untuk berkomunikasi.

(http://www.scribd.com/doc/38746525/Halangan-halangan-Dalam-Komunikasi-Interpersonal)

"A136657"



Kemahiran Berkomunikasi

Pengenalan

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat.
Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Komunikasi yang baik merangkumi:
• Penerangan yang jelas
• Menunggu giliran untuk bercakap
• Tidak ada yang baik dan buruk
• Membantah dengan tenang
• Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek
dan jelas
• Bertentang mata
• Duduk tegak
• Berkomunikasi dengan nada biasa
• Bercakap bila perlu
• Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
• Meminta pertolongan dengan baik
• Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Komunikasi yang tidak berkesan adalah:

• Mencaci
• Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
• Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
• Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
• Bercakap sambil lewa • Menjerit
• Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
• Melepaskan geram

Prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan:

• Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
• Mendengar dengan minat
• Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
• Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
• Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa
menyakiti hati pendengar

Bagaimanakah keberkesanan mendengar?

• Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
• Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh
minat. Beri sepenuh perhatian
• Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti
"oh" atau "Umm-hmm"
• Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang
diperkatakan

Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?

• Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
• Anda akan mendapat ramai kawan
• Anda akan lebih difahami
• Anda akan lebih baik di sekolah Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?
• Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
• Anda susah difahami oleh orang lain
• Segala kemahuan tidak dapat dicapai
• Anda tidak disukai

Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi
meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?

• Guru anda
• Kaunselor
• Pegawai Komunikasi
• Pakar Psikologi

(http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KEMAHIRANBERKOMUNIKASI.pdf)

"A136648"

Tips Komunikasi Berkesan:

1. Sahkan Kewujudan Seseorang
Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.
2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya & usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.
3. Bahasa
Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.
4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.
5. Menghargai Orang Lain
Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.
Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain.

"A136650 : Tips Komunikasi"

Sumber rujukan :
http://ibnismail.wordpress.com/2008/04/01/tips-komunikasi-berkesan/

Tugasan 3 : Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh



Tugasan 2 : Sketsa Kerjaya




" Komunikasi Berkesan & Komunikasi Tidak Berkesan"