Wednesday, December 14, 2011

Bab 4 : Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat

A136181: Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat


A136255: Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pengurusan Maklumat

Pengurusan maklumat merupakan pengurusan yang lengkap dan teratur ke atas pengetahuan dan proses yang berkaitan. Pengurusan maklumat yang betul caranya akan memudahkan pembangunan, pengumpulan, perancangan, penyebaran, penggunaan dan pemanfaatan.
Antara implikasinya adalah sebagaimana berikut:
1. Perkongsian Pengetahuan dengan penuh 'ketelusan' dan 'ketulusan' demi kemajuan organisasi.
2. Inovatif bagi menjadikan sebarang idea bernas kepada keuntungan positif dan berorientasikan keputusan (result oriented)
3. Bekerja dengan lebih pintar dan bukannya terlalu bergantung kepada pemimpin atau sistem atau prosedur yang terlalu ketat.

Program pengurusan pengetahuan biasanya melibatkan salah satu atau lebih aktiviti-aktiviti berikut :
1. Pelantikan ketua bagi mempromosikan agenda dan membangunkan rangka kerja.
2. Membangunkan pasukan pengetahuan yang terdiri daripada manusia dari pelbagai pengetahuan,kemahiran atau latar belakang.
3. Membuat asas pengetahuan. Ia merupakan amalan terbaik, senarai kepakaran, kepintaran pasaran dan sebagainya.
4. Pengurusan proses yang lebih aktif ke atas pembangunan pengetahuan, pengumpulan, penyimpanan dan sebagainya.
5. Pusat pengetahuan merupakan titik utama untuk kemahiran pengetahuan dan mempermudah aliran pengetahuan.
6. Teknologi Kerjasama seperti LAN/WAN/VPN/Intranet dan lain-lain bagi mempermudah akses terhadap pengetahuan.
7. Pasukan modal intelek bagi mengenal pasti dan mengaudit aset yang 'tidak nyata' (intangible) umpamanya pengetahuan.
8. Jaringan pengetahuan merupakan jaringan pakar secara kerjasama dan fungsi silang - dalaman dan luaran.
9. Perkongsian Pengetahuan dalam semua bentuk komunikasi.

http://drmindailmu.blogspot.com/2009/08/apakah-dia-pengurusan-maklumat.html

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

Oleh yang demikian pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperoleh dan memindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang itu sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment(keseronokan).

Pendidikan tidak formal merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi aktiviti harian. Pendidikan bukan formal ialah sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan tertentu. Pendidikan formal pula adalah pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara. Seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan sistem kerja. Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan.

Pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi. Di Jepun misalnya, persepsi mengenai pentingnya pembelajaran sepanjang hayat telah mewujudkan satu fenomena baru yang dikenali sebagai “employability fever”. Golongan mudanya bersikap agresif untuk memiliki kelulusan dalam beberapa bidang pengajian dan latihan bagi menjamin mereka mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang mereka minati.

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan. Beliau juga berkata, usaha membangunkan modal insan adalah satu daripada pendekatan utama yang perlu ditekankan dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana setiap warga diberi peluang untuk melanjut atau menyambung pelajaran. Peluang pelajaran perlu dibuka seluas-luasnya untuk seluruh rakyat Malaysia bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang Mereka yang bekerja pula perlu menambah nilai terhadap pekerjaan mereka melalui tambahan ilmu pengetahuan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang sentiasa berubah secara drastik.

Dengan kemunculan ekonomi digital berasaskan teknologi maklumat, multimedia dan Internet, negara memerlukan pekerja berpengetahuan dan proses inovasi yang berterusan. Ekoran daripada itu akan berlakunya penggabungan antara bekerja dan belajar. Di waktu tersebut, kita akan terus belajar walaupun sambil bekerja, dan begitulah sebaliknya. Inilah yang dinamakan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Para pekerja akan perlu belajar minit demi minit untuk melaksanakan kerja dengan lebih berkesan.

Bagi menjadikan masyarakat kita bersedia menerima perubahan zaman, pengetahuan serta kemudahan capaian Internet mestilah digunakan oleh semua golongan masyarakat, tanpa mengira di bandar atau luar bandar. Sebuah masyarakat yang benar-benar tidak mempunyai jurang antara golongan bermaklumat dan tidak bermaklumat akan wujud sekiranya capaian kepada maklumat itu murah serta mudah.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1522&cmd=resetall

7 comments:

  1. dalam bab pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat,saya mempelajari bagaimana untuk merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.Selain itu,saya juga mampu meneroka masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.Akhirnya,saya juga mampu mengumpulkan dan menguruskan maklumat secara sendiri.

    ReplyDelete
  2. Pembelajaran sepanjang hayat amat penting dalam kehidupan.Ini adalah kerana pembelajaran sepanjang hayat dapat meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan kompetensi dalam perspektif peribadi,sivik,sosial dan perkerjaan.Pembelajaran sepanjang hayat dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu,menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu tersebut berupaya menangani pelbagai cabarab hidup dengan yakin serta kreatif.

    ReplyDelete
  3. pada pandangan saya sendiri, pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan di gilap demi memastikan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan setiap individu.

    ReplyDelete
  4. (A136255) Globalisasi membawa perubahan teknologi kepada masyarakat. Ledakan maklumat dan keupayaan hebat teknologi terutamanya kuasa digital dan pengkomputeran telah mencabar sistem pendidikan termasuk teori pembelajaran untuk turut berubah. Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu dijadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Komputer dan teknologi internet membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembangan profesionalisme individu.

    ReplyDelete
  5. (A136667)Pembelajaran Sepanjang Hayat bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  6. (A136181)Bab ini amat penting untuk menyedarkan palajar tentang kepentingan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Melalui bab ini, kita dapat belajar cara-cara pengurusan maklumat dengan lebih sistematik dan teliti.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, pengurusan maklumat dan juga pembelajaran sepanjang hayat penting untuk kita sebagai seorang pelajar. pengurusan maklumat dapat membantu kita untuk membuat sesuatu pekerjaan dengan baik dan teliti manakala pembelajaran sepanjang hayat adalah supaya kita dapat terus menambah ilmu yang sedia ada dari semasa ke semasa. (A136648)

    ReplyDelete