Wednesday, December 14, 2011

Bab 1 : Kemahiran Komunikasi



HALANGAN-HALANGAN DALAM KOMUNIKASI INTERPERSONAL:

*Bentuk komunikasi bersifat autokratik

*Kekurangan empati terhadap pendengar

*Bersifat angkuh dan enggan terima idea orang lain

*Mendengar dengan separuh hati atau mendengar secara memilih sebahagian kata yang
berminat sahaja

*Sering mencelah atau menyampuk dalam proses komunikasi

*Menggunakan bahasa kasar

*Kekurangan percayaan antara dua pihak

*Gangguan emosi semasa komunikasi

*Gangguan luar seperti perbualan, nyanyian,kebisingan, dan sebagainya dari kawasan
yang dekat

*Kata lisan tidak seimbang dengan komunikasi bukan lisan

*Konsep dan pengalaman penyampai dan pendengar tidak bertindih

*Komunikasi di bawah keadaan paksa

*Mesej yang disampaikan disalahertikan

FAKTOR-FAKTOR HALANGAN KOMUNIKASI:

a)Halangan fizikal:
Keadaam fizikal yang kurang kondusif untuk komunikasi interpersonal. Cth susunan duduk kurang selesa, pengagihan udara kurang baik, kekurangan ruang untuk bergerak, cahaya kurang cukup dsb.

b)Halangan psikologikal:
Penghargaan kendiri saling hormat-menghormati,termasuk konsep kendiri negatif,represi, dan sifat malu dsb.

c)Halangan persekitaran:
Gangguan berlaku @ ditimbulkan semasa interaksi sosial dengan komunikasi interpersonal,seperti bising, berbual-bual, menyanyi, bunyi, dan lalu lintas dsb.

d)Halangan sosial:
Interaksi sosial yg kurang kondusif. Faktor ini timbul kerana penggunaan bahasa kasar, body language disalahertikan, memberi komen negatif, mengkritik, menegur, dsb.

TEKNIK MENANGANI MASALAH KOMUNIKASI:

1.Bersifat penyayang dan sentiasa tunjuk air muka yang berseri demi merapatkan
hubungan.

2.Berkomunikasi dengan suara jelas dan kadar percakapan yang sesuai.

3.Gunakan perkataan-perkataan yang mudah supaya pendengar dapat memahaminya tanpa
keraguan.

4.Elakkan penggunaan nada yang membosankan,iaitu bertutur dengan nada variasi
rangsangan demi menarik perhatian pendengar.

5.Elakkan mengkritik atau mengejek.

6.Elakkan melabel.

7.Bentukkan suasana yang kondusif untuk berkomunikasi.

(http://www.scribd.com/doc/38746525/Halangan-halangan-Dalam-Komunikasi-Interpersonal)

"A136657"



Kemahiran Berkomunikasi

Pengenalan

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat.
Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Komunikasi yang baik merangkumi:
• Penerangan yang jelas
• Menunggu giliran untuk bercakap
• Tidak ada yang baik dan buruk
• Membantah dengan tenang
• Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek
dan jelas
• Bertentang mata
• Duduk tegak
• Berkomunikasi dengan nada biasa
• Bercakap bila perlu
• Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
• Meminta pertolongan dengan baik
• Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Komunikasi yang tidak berkesan adalah:

• Mencaci
• Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
• Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
• Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
• Bercakap sambil lewa • Menjerit
• Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
• Melepaskan geram

Prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan:

• Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
• Mendengar dengan minat
• Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
• Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
• Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa
menyakiti hati pendengar

Bagaimanakah keberkesanan mendengar?

• Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
• Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh
minat. Beri sepenuh perhatian
• Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti
"oh" atau "Umm-hmm"
• Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang
diperkatakan

Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?

• Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
• Anda akan mendapat ramai kawan
• Anda akan lebih difahami
• Anda akan lebih baik di sekolah Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?
• Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
• Anda susah difahami oleh orang lain
• Segala kemahuan tidak dapat dicapai
• Anda tidak disukai

Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi
meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?

• Guru anda
• Kaunselor
• Pegawai Komunikasi
• Pakar Psikologi

(http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KEMAHIRANBERKOMUNIKASI.pdf)

"A136648"

Tips Komunikasi Berkesan:

1. Sahkan Kewujudan Seseorang
Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.
2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya & usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.
3. Bahasa
Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.
4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.
5. Menghargai Orang Lain
Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.
Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain.

"A136650 : Tips Komunikasi"

Sumber rujukan :
http://ibnismail.wordpress.com/2008/04/01/tips-komunikasi-berkesan/

7 comments:

  1. selepas tamat pelajaran dan ingin mencari pekerjaan,kita haruslah menguasai kemahiran komunikasi yang baik.Kita juga haruslah menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik serta merangka curriculum vitae yang menarik dan lengkap supaya peluang untuk mendapat pekerjaan akan menjadi lebih besar.Melamar pekerjaan memerlukan kita menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik.Selepas mendapat perkerjaan,kita juga haruslah sentiasa berkomunikasi dengan majikan kita supaya perselisihan faham dan pergaduhan tidak akan berlaku dan dapat dielakkan.Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah apabila seseorang sedang bercakap,kita tidak harus menyampuk dalam percakapan tersebut serta kita juga haruslah menberi tumpuan semasa orang sedang bercakap.

    ReplyDelete
  2. (A136657)Sebenarnya terdapat banyak halangan untuk kita berkomunikasi dengan baik. Halangan dalam komunikasi ialah perkara-perkara yang boleh menyebabkan komunikasi kurang berkesan, mesej gagal disampaikan dan salah faham yang mengakibatkan kegagalan dalam komunikasi. Pelbagai teknik boleh diamalkan untuk mengatasi masalah tersebut yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  3. (A136667)Dengan suara yang berintonasi baik, jelas, dinamis, bertempo yang tepat,kita dapat mengutarakan maksud atau idea dengan efektif. Selain itu, latihlah ekspresi untuk menunjang komunikasi verbal.

    ReplyDelete
  4. (A136255) Setelah belajar bab ini, saya dapat menguasai kemahiran berkomunikasi secara professional dalam lisan dan penulisan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan atau menerima mesej dengan baik. Tiada salah faham atau kemusykilan akan berlaku sekiranya pengirim dan penerima dapat berinteraksi secara berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat juga menunjukkan rasa hormat antara pengirim dan penerima. Selain itu, kemahiran komunikasi dengan efektif dapat mempertingkatkan prestasi dan memantapkan kerjaya.

    ReplyDelete
  5. (A136181) Kemahiran komunikasi amat penting untuk seseorang. Komunikasi yang berkesan sangat diperlukan apabila menyampaikan sesuatu mesej ini dapat mengelakkan salah faham oleh pebdengar. Pendengar juga harus memberikan respon pada masa yang tepat.

    ReplyDelete
  6. komunikasi adalah sangat penting dalam kehidupan kita. tanpa komunikasi, sesuatu maklumat itu tidak dapat disampaikan dengan baik. (A136648)

    ReplyDelete
  7. Semasa berkomunikasi, kita hendaklah menjadi pendengar yg baik. Dengar dengan teliti apa yang diungkapkan lawan bicara dengan baik dan tampilkan bahawa kita benar-benar tertarik. Kita juga harus mengetahui waktu untuk berbicara, mendiamkan diri dan bila waktunya kita harus menyela percakapan. Hal ini dapat diraih apabila kita memberikan perhatian yang cukup, bersikap sensitif dan menunjukan rasa simpati.(A136650)

    ReplyDelete