Wednesday, December 14, 2011

Bab 3 : Kepimpinan & Kerja berpasukan



"A136644 : Pimpin diri dan pimpin orang lain"

Pemimpin

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan.

Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.


Kepimpinan

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.

Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel.

Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.


Organisasi

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi – ‘organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih.’ James D. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu.

Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

Konsep Pemimpin dan Kepimpinan

Apabila kita memperkatakan tentang pemimpin dan kepimpinan secara umumnya kita memahami bahawa pemimpin ini haruslah memimpin suatu kelompok manusia dan ia melibatkan paling kecil pihak kedua sehinggalah kepada kumpulan atau kelompok yang lebih besar.

Apabila pemimpin dilantik oleh kelompok atau kumpulan, ia akan diberikan kuasa ataupun mandat bagi memudahkannya memimpin dan mandat ini biasanya diberikan dalam bentuk kuasa menggubal dan menguatkuasakan perintah, peraturan dan undang-undang.

Dengan adanya kuasa ini, pemimpin akan dapat mengawal dan mempengaruhi subordinatnya secara rela-paksa dan subordinat haruslah menuruti arahan dan kehendak pemimpin selagi ia tidak melanggar peraturan teras atau kadangkala ia disebut perlembagaan yang dipersetujui bersama sebelum itu.

Kepimpinan ataupun disebut ‘the way to lead’ secara asasnya mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu sifat, perilaku dan kebolehan menghadapi perkara-perkara luar jangka. Memandangkan kebiasaannya di dalam organisasi , para pemimpin diletakkan di puncak hierarki sesebuah organisasi, maka pemimpin haruslah mempunyai perawakan yang ‘extra-ordinary’ berbanding individu lain di dalam sesebuah organisasi.

Antara perawakan yang bersifat asas tetapi wajib dihayati dan diamalkan oleh pemimpin adalah seperti butiran berikut:-

1. Kemampuan untuk menggunakan kuasa dengan berkesan dan dengan cara bertanggungjawab.

2. Berkemampuan untuk memahami bahawa manusia mempunyai kuasa dorongan yang berlainan pada masa-masa yang berlainan dan dalam situasi yang berlainan – pemahaman tentang perawakan manusia.

3. Kemampuan untuk memberikan inspirasi dan mampu diteladani – keupayaan memotivasi.

4. Kemampuan untuk bertindak dengan berdasarkan pengetahuan, bakat, keterbukaan dan kemahuan pemimpin itu sendiri untuk mewujudkan suasana yang memberi ruang kepada sebarang maklum-balas dan ruang runding-cara dengan para pengikut – komunikasi dalam konotasi positif.



http://uniprof.wordpress.com/2008/06/24/pemimpin-kepimpinan-teras-kepada-kesinambungan-organisasi/

"A136667 : Pemimpin & Kepimpinan"

PERANG AHZAB- HUBUNGAN KETUA DAN AHLI

Perkongsian ini adalah mengenai kepentingan taat kepada pemimpin atau ketua dalam soal dasar dan prinsip. Namun harus ditekankan di sini bahawa taat yang dimaksudkan ialah dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan dosa dan tidak bertentangan dengan agama.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".
(An-Nisa', 4: 59)
Para sahabat begitu taat dengan Rasulullah S.A.W sehingga mana dalam suatu peristiwa di mana Rasulullah S.A.W telah mengeluarkan arahan bahawa mereka akan pergi berperang tanpa dinyatakan dengan teliti peperangan tersebut.
Namun para sahabat tanpa membantah menuruti arahan Rasulullah S.A.W sehinggalah di pertengahan jalan barulah mereka mengetahui dengan siapa mereka berperang.
Dalam persatuan atau jemaah, kepimpinan sangat penting sehinggakan Saidina Umar Al-Khatab R.A pernah berkata "Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan."
Penting untuk setiap ahli dalam sesebuah persatuan mentaati setiap keputusan yang telah diputuskan secara bersama semasa mesyuarat. Maksudnya seharusnya tiada lagi mesyuarat selepas mesyuarat atau dengan kata lain perbincangan yang cuba menyangkal dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat.
Ini terbukti dalam sirah nabawi semasa dalam perang Ahzab yang merupakan perang paling memeritkan dalam sejarah Islam. Masyarakat muslimin ketika itu telah mengadakan mesyuarat bersama Rasulullah S.A.W bagi membicangkan strategi memerangi orang-orang kafir.
Dalam mesyuarat itu Rasulullah telah mencadangkan satu cadangan tetapi cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh Salman al-Farisi dan mencadangkan orang-orang Islam menggali parit bagi mengurangkan serangan daripada orang-orang kafir yang sangat ramai jika dibandingkan dengan orang-orang Islam ketika itu.
Cadangan ini diterima oleh Rasulullah S.A.W lalu tentera Islam termasuk Baginda S.A.W sendiri bekerjasama menggali parit tersebut dengan bersungguh-sungguh walaupun cuaca sejuk dan kekurangan bekalan makanan agar ia dapat disiapkan sebelum ketibaan musuh.
Baginda telah bersama-sama menggali, mengangkut dan membuang tanah serta memecah batu-batu. Semasa kerja memecahkan batu dijalankan, seorang sahabat menemui Rasulullah S.A.W dan memberitahu baginda bahawa mereka tidak berupaya lagi memecahkan sebiji batu yang besar setelah banyak kali mencuba. Rasulullah S.A.W pergi kepada batu tersebut dan berkata "Wahai batu, kamu jangan menjadi penghalang kepada kemenangan Islam!".
Nabi Muhammad S.A.W diberi mukjizat oleh Allah. Baginda telah memecahkan batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh orang muslimin. Nabi Muhammad S.A.W memecahkan batu itu dengan tiga pukulan sahaja.
Semasa kerja menggali parit dijalankan, kaum muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Nabi Muhammad S.A.W dan orang muslimin telah mengikat perut mereka dengan ketulan batu untuk menahan lapar.
Seorang sahabat telah terlihat batu yang diikat pada perut Rasulullah S.A.W dan terus meluru pulang dan menyuruh isterinya memasakkan seekor kambing untuk diberi makan kepada Rasulullah S.A.W (betapa hebatnya kasihnya terhadap Rasulullah yang merupakan pemimpinnya).
Namun Rasulullah S.A.W telah menjemput semua kaum muslimin yang sedang menggali parit ketika itu untuk turut sama makan sehinggan sahabat tersebut berasa takut kerana dikhuatiri makanan tidak mencukupi.
Tetapi Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu seekor kambing dan sedikit gandum telah dapat mengenyangkan kaum Muhajirin dan Ansar. Bahagian makanan itu tidak berkurangan sedikit pun.
Betapa hebatnya pengajaran daripada kisah di sebalik perang Ahzab dalam konteks ketaatan kepada kepimpinan.

"A136628 : Hubungan ketua dan ahli"



Artikel iLuvislam.com
http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/2832-perang-ahzab-hubungan-ketua-dan-ahli.html

11 comments:

  1. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas pemimpinnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. (A136667)

    ReplyDelete
  2. (A136186): Kepimpinan melibatkan bagaimana individu mempengaruhi angkota organisasi ke arah pencapaian matlamat.Penghayatan seseorang pemimpin dan kesedaran tanggungjawab terhadap organisasi hanya berkesan apabila seseorang pemimpin mampu menggerakkan organisasinya secara menyeluruh melalui semangat kerja berpasukan.

    ReplyDelete
  3. seorang pemimpin yang berjaya hendaklah mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang kukuh serta mampu memberi motovasi serta galakan yang boleh menggerakkan anggota organisasi mencapai matlamat.

    ReplyDelete
  4. (A136255) Pemimpin mempamerkan satu usaha pada tahap yang tinggi. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi untuk pencapaian yang terbaik, bercita-cita tinggi, mempunyai tenaga yang banyak, tidak mengenal letih di dalam melaksanakan aktiviti dan pemimpin juga menunjukkan inasiatif dalam setiap kerja mereka. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah yang bertujuan untuk mencapai matlamat secara kolektif. Jadi kepimpinan bukan hanya bertanggungjawab kepada organisasi tetapi memerlukan sokongan, kerjasama dan keyakinan daripada pengikut. Kepimpinan yang baik akan meraihkan kejayaan.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin diperlukan dalam sesebuah kumpulan tidak kira kumpulan yang besar mahupun kecil untuk memimpin. dengan adanya pemimpin yang berwibawa, tugas-tugas dapat diselesaikan dengan baik dan kerjasama dalam sesebuah kumpulan dapat terjalin dengan erat. tetapi jika pemimpin tidak menjalankan tugas dengan baik, kemungkinan akan terjadi persengketaan antara ahli kumpulan dan sesuatu tugas itu tidak dapat diselesaikan dengan baik. (A136648)

    ReplyDelete
  6. (A136181)Pemimpin yang bertanggungjawab amat diperlukan dalam sesebuah organisasi supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Kakitangan organisasi harus mengikut arahan pemimpin dan memberikan kerjasama apabila menjalankan tugas. Kejayaan matlamat organisasi bergantung kepada komunikasi dan kerjasama antara pemimpin dan kakitangannya.

    ReplyDelete
  7. (A136644)Isu kepimpinan merupakan
    agenda penting bagi sektor swasta dan sektor awam baik di negara maju atau
    negara membangun. Isu ini menjadi bertambah runcing kerana persekitaran yang
    sentiasa berubah dan perubahan merupakan cabaran berterusan yang perlu
    dihadapi dan ditangani oleh pemimpin-pemimpin dalam semua sektor.Pada pendapat saya ,Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan ini mungkin dapat
    membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan.Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan
    tingkah laku yang beretika. Kepimpinan beretika adalah mustahak kerana
    pemimpin adalah agen bagi sebarang bentuk perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen penting dalam budaya yang diterapkan.
    organisasi

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. berdasarkan artikel, jelas menunjukkan bahawa kerja berkumpulan itu amatlah penting dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. ketua kumpulan tidak harus bergoyang kaki sahaja selepas mengeluarkan arahan sebaliknya turut sama merasa pahit jerih yang terpaksa di tanggung oleh ank buah. contoh yang jelas ditonjolkan oleh Rasulullah dalam artikel tersebut, di mana baginda sanggup berlapar demi memastikan parit berjaya digali sebelum tentera musuh menyerang. berada dalam kumpulan adalah penting kerana jika kita berseorangan kita mudah berasa lemah, mudah dipengaruhi oleh hasutan syaitan supaya berputus asa. tetapi, jika bersama, kita akan saling menyokong dan memperingati antara satu sama lain akan ganjaran disebalik perjuangan terutamanya dalam menegakkan agama Allah. lihatlah perjuangan Rasulullah dan para sahabat, sesungguhnya mereka tidak gentar dan takut akan kesempitan dalam perjuangan kerana syahid dan keredhaan Allah yang mereka cari. apabila kita berada di atas landasan dalam mencari keredhaan Allah, janganlah takut kerana Allah sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
  10. (A136628) saya yang komen yang kat atas tu.

    ReplyDelete